LATARBELAKANG SEKOLAH





Selamat Datang Ke Laman blog Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh.......Laman blog ini dicipta untuk memudahkan capaian para pengguna yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai sekolah ini. Untuk pengetahuan pengguna Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh mempunyai murid seramai 169 orang termasuk murid-murid dari pra sekolah. Darjah yang terdapat di sekolah ini ialah Pra Sekolah Gemilang, Pra Sekolah Cemerlang, 1 Gemilang, 2 Gemilang, 3 Gemilang, 4 Gemilang, 5 Gemilang dan 6 Gemilang,.Terdapat seramai 19 guru yang mengajar di sekolah ini termasuk Guru Besar, PK Kanan 1, PK HEM dan PK Kokurikulum. Terdapat 4 kakitangan sokongan dan 4 kakitangan swasta yang bekerja di sekolah ini.




Ini adalah pandangan tengah yang berada diantara pejabat dengan kelas, ditengah-tengah pemandangan terdapat sebuah taman yang begitu indah sekali.






Ini pula pemandangan sisi, terdapat rekabentuk pensel gergasi,replika bot dan pondok jaga.




Gambar hiasan pusat sumber, makmal komputer dan pra sekolah.