Thursday, May 21, 2015

MAJLIS KESYUKURAN OLEH YDP SKBD

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Hjh. Abaidah Bt Hj. Zainuddin (mak yong) selaku YDP SK Bagan Datoh kerana menjemput semua warga SKBD  ke majlis kesyukuran di rumahnya, terima kasih sekali lagi diucapkan.








Wednesday, May 20, 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

View all
Get your own

Sambutan Hari Guru di mulakan dengan bacaan doa oleh ketua pengawas, ucapan YDP, ucapan guru besar,diikuti dengan perutusan oleh cikgu Rozali b. Darus, nyanyian Lagu Negaraku,Lagu negeri Perak,Lagu Perak Di Puncak Kecemerlangan, nyanyian Kami Guru Malaysia dan Ikrar Perkhidmatan Awam, acara memotong kek, sumbangan kain pasang dari YDP kepada warga sekolah, deklamasi puisi oleh cikgu Halim b. Shahari, persembahan murid tahap 1 dan tahap 2, acara silap mata oleh cikgu Halim b. Shahari. Acara sukaneka oleh guru dan staff, dan diakhiri dengan pertukaran hadiah. Keesok harinya Dato Sharul Zaman Bin Yahya memberi kek kepada warga SKBD 

Tuesday, May 19, 2015

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah

Murid-murid dan guru-guru SKBD meraikan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah Dalam perjalanan pulang  setelah selesai Istiadat Pertabalan di BETING BERAS BASAH di Muara Sungai Perak pada 14.5.2015. 










Wednesday, May 13, 2015

KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH 2015

Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2015
  Johan : SK King Edward, Taiping (LMS)
  Naib Johan : SK BAGAN DATOH (HILIR PERAK)
  Ketiga : SK Kroh,Pengkalan Hulu (HULU PERAK
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Syahril Izwan Bin Said dan pasukan kawad kaki SKBD.

















Monday, May 11, 2015

SELAMAT DATANG GURU BESAR EN. NOR AZMAN BIN NORDIN



 Diucapkan selamat datang kepada En. Nor Azman bin Nordin sebagai ketua guru di SK Bagan Datoh dan terima kasih diucapkan kepada Pn.Hjh.Rosmah Bt Che Ros diatas jasa baik sepanjang menjadi Guru Besar di SK Bagan Datoh, beliau ditukarkan ke SK Simpang Empat.