Thursday, May 26, 2011

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA & MURID UPSR

Pada 26hb Mei 2011 bersamaan hari Khamis, Sekolah Kebangsaan Bagan
Datoh ada menjalankan program Motivasi Ibu bapa & Murid UPSR. Program yang berlangsung selama 3 jam itu melibatkan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Penceramah bagi program tersebut ialah
Tn Haji Mohamad Fatlillah Bin Haji Salleh.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar program berlangsung.




Penceramah Jemputan ~~ Tn Haji Mohamad Fatlillah Bin Haji Salleh




Suasana sedih dan pilu menyelubungi jiwa murid-murid apabila penceramah turut menyelitkan segmen keinsafan.


Sesi memohon kemaafan daripada murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing.



Semoga program yang dijalankan ini memberi seribu manfaat untuk semua murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh.

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA KEPADA SEMUA WARGA SKBD
Sambutan diadakan pada hari Jumaat 16 Mei 2011 yang disertai oleh semua warga SKBD. Pelbagai acara dilaksanakan termasuk sukaneka, sambutan hari guru dan pekerja serta persembahan daripada guru dan pelajar-pelajar SKBD. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari semua pihak.


persembahan guru-guru dan staf SKBD

persembahan murid-murid pra SKBD

sukaneka yang disertai oleh guru dan staf SKBD

dengan penuh berhati-hati sir kumaran menakung air

apa yang diperhatinye ustazah?

wah nampak macam sedang merancang strategi je

ewah-ewah

cayok-cayok kita lihat siapa yang menang