Wednesday, January 2, 2013

JAMUAN PERPISAHAN





Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada  Pn. Rozaimah bt Sulaiman, Guru JQAF yang bertukar ke SK Rungkup, Pn. Zainon bt Nordin, Guru Matematik yang bertukar ke SK Selekoh, En. Kumaran a/l Balasundram, Guru Bahasa Inggeris yang bertukar ke SK Dalarama dan Tn. Hj. Zulfadzil bin Ismail, Guru Sains yang bertukar ke SK SG. Tiang Baroh bermula 2 Januari 2013. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, sokongan yang telah diberikan sepanjang berada di SK Bagan Datoh.

Seluruh warga sekolah juga mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SKBD buat Pn. Azizah bt Mat Haris, Pn. Zakiah bt Johari, Pn. Hairunniza bt Maamun dan Cik Aisyah bt Nassir.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

2 JANUARI 2013 - SK BAGAN DATOH

Penggal persekolahan 2013 yang bermula pada hari yang cerah ini, kelihatan begitu meriah. Murid-murid begitu bersemangat membawa buku, peralatan serta pakaian sekolah yang baru. Guru Besar SKBD, Tn. Hj. Mahmud b. Hassan mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid SKBD dan selamat menjadi warga SKBD bagi murid Pra Sekolah dan juga murid-murid tahun 1. Beliau berharap semangat yang ditunjukkan hari ini akan dapat dikekalkan sehingga di akhir tahun dan seterusnya dapat mencapai pelbagai kecemerlangan dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum.