Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai, SKBD telah mengambil bahagian dalam acara Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia serentak di seluruh negara. Acara larian ini yang melibatkan semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat telah dimulakan tepat jam 7.45 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sokongan dan menjayakan program ini.

Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pendaftaran para peserta larian. Murid- murid yang mengambil bahagian merupakan murid-murid Tahap 2.


Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, purutusan 1Murid 1Sukan 1Malaysia dan senamrobik



Kawasan larian meliputi 1.6 km dan terletak berhampiran dengan sekolah. Guru-guru yang bertugas diletakkan di setiap chek point untuk mengawal murid-murid yang berlari. Anggota polis dari cawanga berhampiran juga dijemput untuk membantu mengawal lalu lintas pada pagi itu.





Acara diteruskan dengan sukantara untuk menambah markah rumah pasukan




Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dengan pengumuman keputusan markah rumah sukan yang mendapat markah tertinggi dalam acara sukantara.



No comments:

Post a Comment