Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada 2 Ogos 2013, majlis juga diserikan lagi dengan persembahan nasyid murid tahap 2 dan aktiviti bersalaman diantara guru-guru dan murid.
Kami warga SK Bagan Datoh mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Guru Besar En. Mahmud Bin Hassan yang amat kami sayangi. Berat rasanya untuk melepaskan cikgu bersara tapi apakan daya. Cikgu adalah Guru Besar yang terbaik dan terhebat buat kami. Kenangan bersama cikgu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Jasamu tetap dikenang. Dan kami juga warga SK Bagan Datoh Mengalu-alukan kedatangan Guru besar baru En. Abas Bin Saman.