Assalammualaikum ....
Alhamdulillah saya Puan Hajah Tijah bt Shamsuddin telah mula bertugas sebagai Guru Besar SK Bagan Datoh tanggal 16 Oktober 2018. Pengalaman baru yang sangat berharga sebagai pemimpin satu organisasi yang besar telah diamanahkan kepada saya. Mohon kerjasama dari semua pihak termasuk PPD Bagan Datoh, PIBG Sekolah, Guru-guru dan kakitangan khasnya dapat mencemerlangkan sekolah. Salam perkenalan khas dari saya untuk semua warga SEBADA....
Assalamualaikum wb.t
Dalam kesempatan ini Saya ingin Mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak" semoga kalian sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T. Kepada murid-murid "Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018". Harapan semua guru agar kalian berjaya dengan cemerlang.
ASSALAMUALAKUM W..B..T
Minggu ini adalah minggu akhir persekolahan untuk penggal pertama persekolahan tahun 2018.Sungguh menyeronokkan kerana cuti kali ini juga Umat Islam akan merayakan Aidul Fitri 1439H. Dengan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2018 dan Maaf Zahir Batin.
Selamat hari raya kepada guru besar dan semua warga sk bagan datoh.
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Raya Aidilfitri jugak kepada guru-guru, staff, pekerja dan murid-murid SK Bagan Datoh...
DeleteSELAMAT BERCUTI WARGA SK BAGAN DATUK...
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteAssalammualaikum kepada semua warga SKBD
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan izin Allah s.w.t pada tahun ini kita diketemukan lagi. Ketika coretan ini saya tuliskan negara kita sedang dalam Perintahan Kawalan Pergerakan kerana wabak CIVID 19 yang sedang merebak di seluruh dunia. PKP fasa 1 diadakan pada 18/3 - 31/3 dimana semua sekolah seluruh negara diarahkan tidak beroperasi sepanjang tempoh tersebut. Bukan sekolah sahaja malah semua penjawat awam kecuali dalam bidang-bidang tertentu yang dibenarkan. Pihak JPN dan PPD meminta sekolah menjalankan gerak kerja dari rumah.
Belum selesai tempoh PKP fasa 1, PM telah mengumumkan PKP fasa 2 yang akan berakhir sehingga 14/4/2020.
Pada ketika ini saya merasakan perlunya anak-anak SKBD terus diberikan latihan dengan kerjasama ibubapa. Saya juga telah meminta guru-guru menyediakan latihan secara online atau apa cara sekali pun. Saya juga telah menyediakan jadual supaya ibubapa tidak merasa terbenban dengan tugasan yang diberi. Contoh Hari Isnin bagi mata pelajaran BM dan seterusnya.
Diharap semua pihak sama ada guru-guru dan ibubapa tidak merasa tertekan dengan situasi ini. Banyak bersabar kerana Allah memberi ujian kepada hambaNya yang mampu untuk menghadapinya. "Stay at home" , "Duduk diam-diam di rumah " adalah arahan PM kita yang wajib kita ikuti kerana beliau memerintah negara kerana Allah s.w.t ....Terima kasih