DASAR KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN BATOH
A. GURU
- Melibatkan penyertaan semua guru dalam kegiatan kokurikulum kerana kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah.
- Setiap guru wajib menganggotai sekurang-kurangnya satu unit dalam bidang-bidang kokurikulum yang dianjurkan :-
a.Unit Beruniform
b.Persatuan/ kelab
c.Sukan dan permainan - Kehadiran guru adalah wajib sama seperti hari-hari persekolahan.
- Untuk mendapatkan pelepasan bertugas, guru-guru dikehendaki memaklumkan dan mendapatkan kebenaran Guru Besar.
- Setiap guru bertanggungjawab setiap bidang kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
- Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid dan sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
- Pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.
- Setiap guru hendaklah mengeluarkan arahan gerakerja dengan jelas supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.
- Setiap guru perlu menyediakan kertas kerja ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak-pihak perbendaharaan / JPN Perak.
- Penggunaan peralatan dan inventori sekolah adalah di bawah tanggungjawab semua guru.
- Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri kursus berkaitan kegiatan kokurikulum, permainan atau pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau tidak hadir.
B. MURID
- Melibatkan penyertaan semua murid dalam kegiatan kokurikulum mengikut bakat, kebolehan dan minat pilihan mereka dalam bidang-bidang:
a. Unit Beruniform
b. Persatua / Kelab
c. Sukan dan Permainan - Setiap murid (Tahun 4,5 &6) wajib menganggotai satu unit dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan, satu unit beruniform, satu persatuan/ kelab dan satu permaian.
- Murid – murid yang dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah murid –murid yang mendapat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti permainan sahaja.
- Kehadiran murid adalah wajib. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan (sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan tidak akan diberi sijil penyertaan.)
- Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan berdisiplin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
- Setiap murid perlu bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
- Setiap murid perlu membayar yuran Unit Beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan untuk kegunaan aktiviti dalam setiap unit tersebut mengikut kadar yang telah dipersetujui dan perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
- Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga murid dan pihak sekolah.
- Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja ketika menjalankan aktiviti kokurikulum.
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-37
TAHUN 2019
PERKHEMAHAN DAERAH PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BAGAN DATUK
YANG DIADAKAN PADA 30 MAC 2018 SEHINGGA 1 APRIL 2018 DI SK KHIR JOHARI
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
SK BAGAN DATOH KALI KE-35
SK BAGAN DATOH KALI KE-35
TAHUN 2017
Pada 2 Mac 2017 telah berlangsung Sukan Kejohanan Balapan & Padang di padang SKBD pada jam 2.00 petang. Acara dimulakan dengan Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan, Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian Pembukaan Oleh En. Nor Azman bin Nordin(Guru Besar SKBD)Senamrobik dan Ikrar Kejohanan.
Pada 2 Mac 2017 telah berlangsung Sukan Kejohanan Balapan & Padang di padang SKBD pada jam 2.00 petang. Acara dimulakan dengan Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan, Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian Pembukaan Oleh En. Nor Azman bin Nordin(Guru Besar SKBD)Senamrobik dan Ikrar Kejohanan.
Acara diteruskan lagi dengan acara kejohanan padang larian 50meter, 80meter, 100meter, 4x100meter, 4x50meter, lompat jauh, lontar peluru,tarik tali, sukaneka, acara ibubapa, acara pegawai, penyampaian hadiah dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahrul Zaman Yahya (Adun Rungkup).
PROGRAM RIMUP 2014
Pada 29.10.2014, SKBD, SJK(T) Bagan Datoh, SJK(C) HUA HSIA, SK SG. BETUL dan SK SG. BALAI telah menjalankan Program RIMUP di SK Bagan Datoh. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang.
Kejohanan Balapan dan Padang Kelompok 8 yang diadakan di SK Simpang Tiga pada 19.2.2014 sehingga 21.2.2014. Murid SKBD mendapat 20 Emas, 7 Perak dan 0 Gangsa.
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
SK BAGAN DATOH
31.10.2014 - 1.11.2014
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KELOMPOK 8
Kejohanan Balapan dan Padang Kelompok 8 yang diadakan di SK Simpang Tiga pada 19.2.2014 sehingga 21.2.2014. Murid SKBD mendapat 20 Emas, 7 Perak dan 0 Gangsa.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DAERAH HILIR PERAK
Khairin b. Abd.Rahman iaitu salah seorang dari murid SKBD memenangi 3Emas,1Perak dan 1Gangsa
PROGRAM KEM BINA JATI DIRI
PROGRAM KEM BINA JATI DIRI
Program tersebut yang diadakan di KEM DESA SELESA, TANJONG MALIM pada 25.10.2013 - 27.10.2013 melibatkan 42 orang murid dan diiringi oleh 4 orang guru.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
SK BAGAN DATOH KALI KE-31
TAHUN 2013
Pada 27 Jun 2013 telah berlangsung Sukan Kejohanan Balapan & Padang di padang SKBD pada jam 2.00 petang. Acara dimulakan dengan Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan, Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian Pembukaan Oleh Tn.Hj Mahmud bin Hassan(Guru Besar SKBD)Ikrar Kejohanan dan Persembahan Kawad Kaki Formasi.
Acara diteruskan lagi dengan acara kejohanan padang larian 50meter, 80meter, 100meter, 4x100meter, 4x50meter, sukaneka, acara pegawai perempuan, acara pegawai lelaki, penyampaian hadiah dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahrul Zaman Yahya (Adun Rungkup).
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSPK
BAWAH 12 TAHUN 2013
SK Bagan Datoh sebagai tuan rumah daerah bertanggungjawab membentuk dan menghantar pasukan sepak takraw Hilir Perak bawah 12 ke kejohanan peringkat negeri.
Kejohanan diadakan pada 10 hingga 13 Mei 2013 bertempat di Kinta Selatan.
Final - Hilir Perak vs Kinta Selatan
Keputusan
Hilir Perak menang 2-1
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD(R)
HILIR PERAK 2013
PENGELOLA SK BAGAN DATOH
PENGELOLA SK BAGAN DATOH
Kejohanan Sepak Takraw MSSD(R)yang diadakan pada 15 dan 16 April 2013 bertempat di SMK Tun Abdul Razak. Perasmian Penutup oleh
En. Alias Bin Sali(Penyelia Sukan PPD Hilir perak).
AKTIVITI PERKHEMAHAN YANG DIADAKAN DI
SK BAGAN DATOH
PADA 21-23 SEPTEMBER 2012
Diantara aktiviti yang dijalankan
SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012
Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah berjaya
dijalankan pada 10hb Julai 2012 jam 8.oo pagi di Dataran SK Bagan Datoh
Acara senamrobik dimulakan dengan pemanasan badan yang di ketuai oleh adik Mohd Saiful Bin Ismail
di antara aksi pelajar, guru dan kakitangan melakukan senamrobik
Program selepas senamrobik
KARNIVAL PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM
PERINGKAT NEGERI PERAK 2012
Pertandingan ini diadakan di Briged Utara
Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta.
pada 12 Mei 2012, hari sabtu
PERTANDINGAN CATUR
KELOMPOK 8 2012
Pada 30 Mac 2012, jam 8.30 pagi pertandingan catur kelompok 8 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SK Bagan Datoh, dan tahniah diucapkan kepada pemenang.
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
MSSPK(R)KELOMPOK 8
2012
Pada 15hb Februari 2012 sehingga 16hb Februari 2012, berlangsung Sukan Kejohanan Balapan & Padang di padang SKBD pada jam 2.00 petang. Hari pertama acara sukan bermula dengan kejohanan padang larian 80m berpagar, lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan 200meter manakala hari kedua acara yang dipertandingkan 100m, 4 x 100m dan juga 4 x 200m. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SKBD iaitu Tuan. Haji Mahmud bin Hassan selaku Pengerusi MGB Kelompok 8.
Tahniah diucapkan kepada pemenang
AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG LEPASAN UPSR 2011
Aktiviti perkhemahan unit beruniform dijalankan di D' ALAM CAMPSITE, TAPAH PERAK pada 23 September sehingga 25 September
Aktiviti suai kenal diantara fasilitator dan murid-murid
Selepas senaman pagi murid-murid dihidangkan dengan sarapan pagi
ACARA BALAPAN DAN PADANG KALI KE 29 TAHUN 2011
Acara dimulakan dengan perbarisan rumah sukan, ikrar dan bacaan doa
Antara jemputan VIP dan ibu bapa yang turut hadir
Acara padang Pra Sekolah
Acara Larian 100 meter
Acara Larian 4 x 100 meter
Acara jemputan antara sekolah 4 x 200 meter
Acara Sukaneka
Sukaneka ibubapa dan kakitangan sekolah
Antara rumah sukan yang dipertandingkan
Kakitangan SKBD
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan tahniah diucapkan
Pemberian saguhati kepada NYDP PIBG SKBD Tuan Hj. Mohd Khir Bin Hj. Ismail dan acara penutup Sukan Balapan Dan Padang Kali Ke 29