Monday, May 27, 2013
Monday, May 20, 2013
SEPETANG BERSAMA PIBG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2013
Pada 17 Mei 2013 jam 2.00 petang diadakan majlis Sepetang Bersama PIBG Sempena Sambutan Hari Guru 2013, majlis dirasmikan oleh Datuk Shahrul Zaman Hj Yahya (adun rungkup). Pelbagai aktiviti diadakan diantaranya pertandingan azan, menghias makanan, karom, congkak, mewarna, gubahan bunga barang terbuang, batu seremban dan pakaian beragam. Acara diteruskan dengan melelong makanan yang dipertandingkan dan pemberian hadiah kepada para pemenang. Datuk Shahrul juga menyumbangkan saguhati RM 100.00 kepada pasukan sepak takraw hilir perak kerana mendapat johan di peringkat negeri.
SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DAN PEKERJA 2013
Pada 17 Mei 2013 Sk Bagan Datoh meraikan majlis Perayaan Hari Guru dan Pekerja, majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan guru besar, ikrar hari guru, nyanyian guru malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan jamuan, persembahan murid dan pertukaran hadiah diantara guru dan staf sokongan.
Friday, May 3, 2013
PROGRAM SEMINAR SARANA SEKOLAH & KEIBUBAPAAN 2013
Pada 30 April 2013 jam 2.30 petang SKBD mengadakan program seminar sarana sekolah & keibubapaan. En Nor Azua b. Mohd Daud dari Kaunselor PPD Kinta Selatan dijemput memberi ceramah tersebut.
Monday, April 15, 2013
MAJLIS PERPISAHAN PN. FAZLINAH BT ALI
Pada 12 April 2013 warga SK Bagan Datoh meraikan majlis perpisahan Pn. Fazlinah bt Ali yang ditukarkan ke SK Bagan Pasir kerana kenaikan pangkat, Tahniah diucapkan kepada Pn. Fazlinah bt Ali.
Monday, April 8, 2013
SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SIWP)
Pada 6.4.2013 yang lalu Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) Anjuran Bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah diadakan di SMK Sains Bagan Datoh, diantara guru SKBD yang bertugas.
JAMUAN PERPISAHAN
Pada 5 April 2013 pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan Pn. Hjh. Noor Hana bt Badiu Zaman yang bertukar ke Sk Tanjong Bayan dan En.Hamdan bin Bisnim yang bertukar ke Sk Sungai Nipah. Selamat datang diucapkan kepada En. Rozali bin Darus.
Subscribe to:
Posts (Atom)





