Wednesday, January 2, 2013

JAMUAN PERPISAHAN





Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada  Pn. Rozaimah bt Sulaiman, Guru JQAF yang bertukar ke SK Rungkup, Pn. Zainon bt Nordin, Guru Matematik yang bertukar ke SK Selekoh, En. Kumaran a/l Balasundram, Guru Bahasa Inggeris yang bertukar ke SK Dalarama dan Tn. Hj. Zulfadzil bin Ismail, Guru Sains yang bertukar ke SK SG. Tiang Baroh bermula 2 Januari 2013. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, sokongan yang telah diberikan sepanjang berada di SK Bagan Datoh.

Seluruh warga sekolah juga mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga SKBD buat Pn. Azizah bt Mat Haris, Pn. Zakiah bt Johari, Pn. Hairunniza bt Maamun dan Cik Aisyah bt Nassir.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

2 JANUARI 2013 - SK BAGAN DATOH

Penggal persekolahan 2013 yang bermula pada hari yang cerah ini, kelihatan begitu meriah. Murid-murid begitu bersemangat membawa buku, peralatan serta pakaian sekolah yang baru. Guru Besar SKBD, Tn. Hj. Mahmud b. Hassan mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid SKBD dan selamat menjadi warga SKBD bagi murid Pra Sekolah dan juga murid-murid tahun 1. Beliau berharap semangat yang ditunjukkan hari ini akan dapat dikekalkan sehingga di akhir tahun dan seterusnya dapat mencapai pelbagai kecemerlangan dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum.

Monday, November 12, 2012

UPSR 5A

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nurul Farahani  Bt Johari, Nur Atiqah Hanany Bt Halim dan Nur Aquilla Fatihah Bt Mohd Sopian yang telah berjaya memperolehi kecemerlangan 5A dalam Peperiksaan UPSR Tahun 2012. 

Thursday, September 6, 2012

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2012


 Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah diadakan secara bergotong-royong pada 4 September 2012 . Jamuan Raya dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari.






Thursday, August 16, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis khatam Al-Quran yang diadakan pada 15 Ogos 2012 bersamaan 26 Ramadhan 1433H bertempat di dewan Sri Gemilang SKBD. Majlis bermula pada jam 9 pagi.










Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK


setting....NIAT
upgrade.....IMAN
download....SABAR
delete....DOSA
install....TAUBAT
approve....MAAF
search....PAHALA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Friday, May 25, 2012

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Pekerja peringkat sekolah telah dijalankan pada 23hb Mei 2012 . Majlis dimeriahkan dengan berbagai acara seperti :bacaan ikrar, memotong kek hari guru, persembahan murid, anugerah guru paling popular, anugerah guru paling sporting, anugerah guru prihatin, anugerah hang kebun (swasta), anugerah staff sokongan sporting, tokoh ibu, tokoh bapa dan sukaneka.