Monday, August 8, 2011

Gambar Guru-Guru SKBD




Kakitangan SKBD bergambar bersama mantan En. Baharuddin Bin Ibrahim(Guru Besar Matang Kunda), En. Ahmad Bin Osman(Guru Besar Sg.Pergam) dan Pn. Siti Zahaleha Bt Adnan(Ketua Pembantu Tadbir,SABDA) .

Friday, July 29, 2011

Majlis Perpisahan Guru Penolong Kanan Hem







Majlis Perpisahan En. Ahmad Bin Osman yang telah naik pangkat sebagai Guru Besar di Sk Sungai Pergam, Bagan Datoh.

Thursday, July 14, 2011

Tahniah Kepada Yang Mendapat APC

Tahniah diucapkan kepada En. Halim Bin Shahari dan Pn. Rozaimah Bt Sulaiman kerana mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun ini.saya berharap mutu perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan akan terus dikekalkan di masa-masa akan datang.

Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai, SKBD telah mengambil bahagian dalam acara Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia serentak di seluruh negara. Acara larian ini yang melibatkan semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat telah dimulakan tepat jam 7.45 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sokongan dan menjayakan program ini.

Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pendaftaran para peserta larian. Murid- murid yang mengambil bahagian merupakan murid-murid Tahap 2.


Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, purutusan 1Murid 1Sukan 1Malaysia dan senamrobik



Kawasan larian meliputi 1.6 km dan terletak berhampiran dengan sekolah. Guru-guru yang bertugas diletakkan di setiap chek point untuk mengawal murid-murid yang berlari. Anggota polis dari cawanga berhampiran juga dijemput untuk membantu mengawal lalu lintas pada pagi itu.





Acara diteruskan dengan sukantara untuk menambah markah rumah pasukan




Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dengan pengumuman keputusan markah rumah sukan yang mendapat markah tertinggi dalam acara sukantara.



Tuesday, June 14, 2011

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah kepada En.Ahmad b. Osman kerana dinaikkan pangkat sebagai guru besar SK Sungai Pergam, Warga SKBD mengucapkan selamat datang kepada En. Muhammad Azwand b. Mokhtar sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.. Tahniah diucapkan...

Thursday, May 26, 2011

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA & MURID UPSR

Pada 26hb Mei 2011 bersamaan hari Khamis, Sekolah Kebangsaan Bagan
Datoh ada menjalankan program Motivasi Ibu bapa & Murid UPSR. Program yang berlangsung selama 3 jam itu melibatkan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Penceramah bagi program tersebut ialah
Tn Haji Mohamad Fatlillah Bin Haji Salleh.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar program berlangsung.




Penceramah Jemputan ~~ Tn Haji Mohamad Fatlillah Bin Haji Salleh




Suasana sedih dan pilu menyelubungi jiwa murid-murid apabila penceramah turut menyelitkan segmen keinsafan.


Sesi memohon kemaafan daripada murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa masing-masing.



Semoga program yang dijalankan ini memberi seribu manfaat untuk semua murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh.

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA KEPADA SEMUA WARGA SKBD
Sambutan diadakan pada hari Jumaat 16 Mei 2011 yang disertai oleh semua warga SKBD. Pelbagai acara dilaksanakan termasuk sukaneka, sambutan hari guru dan pekerja serta persembahan daripada guru dan pelajar-pelajar SKBD. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari semua pihak.


persembahan guru-guru dan staf SKBD

persembahan murid-murid pra SKBD

sukaneka yang disertai oleh guru dan staf SKBD

dengan penuh berhati-hati sir kumaran menakung air

apa yang diperhatinye ustazah?

wah nampak macam sedang merancang strategi je

ewah-ewah

cayok-cayok kita lihat siapa yang menang